Tajuk: Permasalahan Umat Islam dan Jalan Penyelesaiannya
Penceramah: Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman (Ayah Ahmad Ammar)
Tarikh: 10 Jan 2016
Lokasi: Surau Al-Hijrah Kota Warisan
PENDAHULUAN
TIGA JENIS PENYAKIT
Generasi muda umat Islam disuntik 3 penyakit selepas tumbangnya Kerajaan Uthmaniah:
STRATEGI
Strategi: Rancang masa depan anak-anak kita.Terdapat 3 aspek perancangan
TUJUH (7) FORMULA SULTAN MURAD
Setelah dikaji penceramah, terdapat 7 formula yang diterapkan oleh Sultan Murad kepada anaknya Sultan Muhammad Al-Fatih:
Tajuk: Permasalahan Umat Islam dan Jalan Penyelesaiannya
Penceramah: Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman (Ayah Ahmad Ammar)
Tarikh: 10 Jan 2016
Lokasi: Surau Al-Hijrah Kota Warisan
PENDAHULUAN
- Umat Islam perlu mengambil tahu tentang permasalahan umat islam, wajib terlibat dan ambil peduli.
- Rom dan Parsi merupakan kuasa besar yg mghalang kemenangan Islam suatu masa dahulu.
- Rom pada hari ini adalah negara-negara barat dan Iran.
- Rasulullah mngajak kita supaya sentiasa optimis dan yakin dgn kemenangan islam.
- Kita kena yakin dan tidak berputus asa.
- Seperti hadis Rasulullah ketika memberitahu kemenangan Islam di Konstatinopel, lebih 800 tahun kemudian baru menjadi kenyataan.
- Juga ketika Rasulullah menawarkan Suraqah mahkota dan pakaian Raja Parsi, yang hanya diperolehi setelah Nabi wafat ketika pemerintahan Saidina Umar.
- Jangan meramal bila kemenangan Islam.
- Soalnya bukan bila barat jatuh, bukan bila Yahudi akan jatuh, tetapi apa yg kita buat.
- Kita hidup sekarang di zaman tiada ketua untuk memimpin Islam dan umat Islam.
- Tahun ini genap 100 tahun umat Islam dipecahkan menjadi 57 buah negara (di dunia) dan 22 buah negara di Arab.
- Selepas 100 tahun, banyak pmimpin yang telah dinaikkan oleh Zionis mula dicabar oleh orang Islam yang berjiwa islam. Maka negara-negara islam perlu dipecahkan lagi dan inilah yang terjadi sekarang di Asia Barat.
TIGA JENIS PENYAKIT
Generasi muda umat Islam disuntik 3 penyakit selepas tumbangnya Kerajaan Uthmaniah:
- Kejahilan yang dirancang
- Kejahilan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Supaya umat Islam terputus dari wahyu Allah.
- Diajar supaya tidak mengenal jawi. Seperti yang dilakukan oleh Kamal Attartuk
- Kamal Attartuk adalah model pemimpin yang diidam dan diimpikan Zionis. Kesannya di Turki hari ini kelihatan golongan tua baru hendak belajar jawi.
- Orang Islam juga dibutakan dengan sejarah tamadun Islam. Yang tinggal hanya sejarah kebangkitan barat dan sejarah nusantara yang direka dari kacamata barat.
- Manuskrip kitab-kitab melayu dalam bahasa jawi dirompak dan dipindahkan ke barat dengan menaiki kapal dan diarkibkan semasa zaman penjajahan di nusantara.
- Kesannya kita hilang jatidiri. Hilang sejarah Islam yang hebat. Hilang sumber bagaimana datangnya Islam ke Tanah Melayu.
- Kesannya pemimpin-pemimpin yg memerintah dunia Islam harini buta Al-Quran dan buta Sejarah.
- Kemiskinan yang dirancang
- Kekuatan ekonomi umat Islam adalah dari Infaq dan sedekah.
- Jalan sutera dari Mekah ke Uzbekistan dan sehingga ke China diputuskan musuh Islam kerana perdagangan islam datang bersama dakwah Islam.
- Islam dan perdagangan itu sebati dalam dunia Islam.
- Tetapi hari ini org melayu tidak pandai berniaga. Padahal kota Melaka adalah kota dagang dimana 40 bahasa asing dituturkan disitu.
- Manuskrip kitab-kitab melayu dalam bahasa jawi dirompak dan dipindahkan ke barat dengan menaiki kapal dan diarkibkan semasa zaman penjajahan di nusantara.
- Kesannya kita hilang jatidiri. Hilang sejarah Islam yang hebat. Hilang sumber bagaimana datangnya Islam ke Tanah Melayu, bagaimana kisah kota Melaka yang menjadi pusat perdagangan yang 40 bahasa asing dituturkan disitu.
- Perpecahan yang dirancang
- Semangat negara bangsa diwujudkan.
- Dahulu ada kepulauan melayu. Sekarang telah menjadi Malaysia, Indonesia dan lain-lain.
- Recep Tayyip Erdoğan menyatakan: Dimana azan dilaungkan, disitulah aku perlu dibantu - Konsep BisBirUmmati (kita satu umat).
- Hadis ke-36 Imam Nawawi (Balasan meringankan beban orang lain) dipopularkan oleh penyokong Erdoğan ketika Turki membantu umat Islam di negara lain.
- Sekarang musuh Islam sedang merancang supaya umat Islam bergaduh sesama sendiri bagi memecahbelahkan lagi Islam.
- Umat Islam dilabel-labelkan. Golongan fundamentalis yang nak mengembalikan sistem dunia mengikut Al-Quran dan As-Sunnah kini dilabel terrorist.
- Allah taala tlg kita selagi mana kita tlg umat Islam yg lain.
STRATEGI
Strategi: Rancang masa depan anak-anak kita.Terdapat 3 aspek perancangan
- Perancangan akademik/karier
- Contohnya penceramah meletakkan target supaya anaknya Ahmad Ammar menjadi Sejarahwan. Menghantar anaknya ke Turki untuk belajar sejarah empayar Uthmaniyyah.
- Contohnya penceramah meletakkan target supaya anaknya Ahmad Ammar menjadi Sejarahwan. Menghantar anaknya ke Turki untuk belajar sejarah empayar Uthmaniyyah.
- Perancangan Spiritual
- Meletakkan prinsip bahawa ilmu itu milik Allah.
- Penceramah menghantar anaknya untuk menguasai Kitab Risalah An-Nur yang ditulis oleh Ustaz Bediuzzaman Said Nursi (beliau yang penentang di zaman pemerintahan Kamal Attartuk. Kuburnya digali pada waktu malam dan dipindahkan ke tempat yang tidak diketahui supaya tidak menjadi inspirasi kepada orang lain yang hendak mengembalikan Islam)
- Perancangan Dakwah
- Umat Islam wajib berdakwah!
- Ajar anak untuk libatkan diri dengan kerja-kerja dakwah.
- Ahmad Ammar terlibat dengan badan-badan dan NGO yang membantu umat Islam semasa di Turki.
TUJUH (7) FORMULA SULTAN MURAD
Setelah dikaji penceramah, terdapat 7 formula yang diterapkan oleh Sultan Murad kepada anaknya Sultan Muhammad Al-Fatih:
- Anak perlu ditanamkan semangat ummati.
- Memikirkan pagi petang keadaan umat Islam, bagaimana dan apa perubahan yangg boleh dibuat utk ummati.
- Hidup bermanfaat kpd umat Islam seluruhjya, bkn hanya kepada mak dan ayah.
- Nama yang mulia.
- Sultan Murad memberikan nama Muhammad kepada anaknya dengan harapan anaknya dapat membenarkan hadis Rasulullah.
- Adab yang mulia.
- Adab kepada Allah
- Adab kepada Rasul
- Adab kepada ibubapa. Selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasul.
- Adab kepada guru. Cth: Sultan Murad membenarkan anaknya dirotan oleh gurunya.
- Adab kepada tetamu, adab ke masjid, ke tandas dsb.
- Al-Quran diajarkan.
- Penghayatan, bukan dihafal semata-mata.
- Jika hafalan sudah cukup, sudah tentu Islam telah menang kerana setiap tahun negara Arab melahirkan beribu-ribu hafidz dan hafidzah.
- Solat Tahhajjud.
- Waktu yang paling baik berinteraksi dengan Allah.
- Anaknya ketika berusia 20 tahun dilatih dan buat permulaan diwajibkan sekurang-kurangnya sekali seminggu mesti mengerjakan Solat Tahajjud.
- Ilmu yg bermanfaat utk zaman ini.
- Ketika Zaman Al-Fatih, ilmu peperangan adalah yang paling penting.
- Cth: Zaman ini mungkin ilmu membangunkan mobile apps. Ustaz mungkin perlu mendalami keempat-empat mazhab untuk mengelakkan perselisihan-perselisihan kecil dalam mazhab dikalangan masyarakat.
- Menguasai paling kurang 4 bahasa.
- Ahmad Ammar disyaratkan mendalami Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan Bahasa Turki.
- Jika menguasai pelbagai bahasa, kerja yang akan mencari pekerja.
- Cth: Di Malaysia mungkin Bahasa Mandarin yang penting.



