Penceramah: Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Tarikh: 11 Jul 2015
Lokasi: Masjid Al-Hasanah, Bangi (Kuliah Zohor)
3 kerugian bagi orang yang berada di dalam masjid
- tidak berniat iqtikaf
- tidak solat tahiyatul masjid
- tidak solat di saf pertama
Kalaulah kita tahu kelebihan berada di saf pertama, nescaya kita akan mencabut undi untuk duduk di saf pertama.
Zikir yang paling Allah suka:
Zikir yang paling mudah:
- Gerakkan jari semasa berzikir untuk menjadi saksi diakhirat
Jibrail berkata:
- Hiduplah kamu sesuka hati kamu... tapi ingatlah bahawa kamu akan mati dan dan kamu akan dibalas.
- Sayangilah sesiapa sahaja yang kamu kehendaki... tapi ingatlah satu hari kamu akan berpisah denganya.
Saat paling bahagia
Saat paling bahagia bagi orang beriman adalah ketika dicabut nyawanya.
- Alam akhirat luas, kita akan berjumpa dengan nabi-nabi.
- Mati ada tanda, bermula selepas waktu asar pada 40 hari sebelum kematian iaitu bila berlaku getaran dari ubun ke bawah. 30 hari seterusnya terdapat tanda dari bawah ke atas.
- Amalan kita yang menentukan martabat kita di dalam syurga.
- Tetapi dosa yang menghalang kita masuk ke syurga.
Kamu tidak termasuk dalam golongan yang baik, sehingga kamu beri apa yang kamu sayangi
Kesimpulan
- Selawat keatas Nabi tidak kurang dari 100 kali setiap hari.
- Istighfar tidak kurang dari 70 kali sehari.
- Tubuh tidak akan dimakan api neraka
- Akan dibangkitkan bersama nabi
- Penceramah menasihatkan supaya tidak membeli makanan dari orang yang fasik, kerana makan itu akan diberikan dan dimakan oleh ahli keluarga kita.

0 ulasan:
Catat Ulasan